4u2pk…Untuk Anda Berfikir


Give Peace A Chance
July 18, 2008, 9:15 pm
Filed under: Uncategorized

Pada akhir tahun 60’an. Di Amerika Syarikat, Presiden Nixon cukup taksub dengan Perang ke atas Vietnam menyebabkan hampir 50,000 rakyat Amerika yang masih muda belia terbunuh. Lalu, di celah-celah kesedihan yang dirasai ini bangkitlah gerakan hippies dan gerakan menuntut keamanan.. Kemahuan rakyat Amerika kepada keamanan boleh dihayati dalam lagu John Lennon, Give Peace A Chance.



Inflasi..Rakyat Perlu Dididik
July 18, 2008, 8:26 pm
Filed under: Uncategorized

Negara kita sedang menghadapi Inflasi.. Mungkin masih tidak terlalu teruk..Namun ia telah memberi kesan kepada golongan bawahan.. Di bawah ini ada youtube yang menarik..Bagaimana Euro memberi pendidikan kepada rakyatnta tentang Inflasi dan kesan Inflasi.. tengok la..

Menarik kan!!!



Pursuit Of Happyness..
April 22, 2008, 4:06 am
Filed under: Uncategorized

Aku tidak salah mengeja..tapi inilah tajuk filem yang aku baru je habis tengok sebentar tadi kat Astro HBO Channel.. Pursuit Of Happyness..lakonan Will Smith sebagai seorang ayah yang cukup berkesan.. Cerita ini berkaitan seorang ayah yang berusaha bersungguh mengambil ujian menjadi broker saham untuk menjamin masa depannya bersama anak lelakinya..yang paling meruntun perasaan apabila mereka terpaksa merempat hidup seperti orang gelandangan yang menumpang tidur di rumah kebajikan.

Kisah ini berkaitan dengan semangat dan dugaan yang mendatang bagi merealisasikan cita-cita tersebut..sesiapa baca blog ni..p la cari cerita tu..best!!! tak rugi tengok..

Petikan cerita ada kat bawah ni..tengoklah ye..



Membaca Meransang Minda
April 20, 2008, 1:02 pm
Filed under: Uncategorized

Membaca dapat menjadikan kita seorang yang pandai berfikir..setiap kali kita membaca sesebuah buku yang bagus..ia akan memberikan prsepsi baru kepada kita tentang kehidupan..tidak sepatutnya daripada kita menjadikan tiada masa sebagai alasan untuk tidak membaca..

Mungkin kita mengatakan kita terlalu sibuk..tiada masa..jadi mengapa kita tidak mengambil dedikit masa untuk duduk sebentar dan mula membaca..bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih terurus..kerana mungkin kita bukan sibuk..tetapi kita sebenarnya gagal mengurus masa dengan baik..lalu kita menganggap itu sebagai sibuk..tapi sebenarnya kita membuang masa dengan STRESS!

Bagi orang yang merasakan dirinya kurang motivasi atau hidupnya kehilangan haluan..maka sepaptutnya mereka duduk sebentar dn membaca..bagaimana hendak membetulkan haluan mereka atau kembali memotivasikan diri mereka..

Apabila kita mula membaca..buka satu ukuran sebenarnya sebanyak mana buku yang kita baca..tetapi yang lebih penting..bagaimana kita menggunakan idea2 dalam buku tersebut untuk diimplimentasi dalam kehidupan kita..

Antara buku yang saya syorkan anda baca ialah buku yang ditulis oleh Samuel A. Cypert yang menulis kembali penulisan W.Clement Stonen yang menambah idea Napolean Hill tentang Bagaimana kita boleh mencapai kejayaan?

Salah satu petikan yang saya sukai dalam buku ini ialah;

Many ‘overnight successes’ have spent years preparing themselves for the oppurtunity that finally affords them the recognition they deserve.

Yang mana kejayaan bukan usaha semalaman sahaja..sebelum mendapat kejayaan pasti ada usaha yang memakan masa, tenaga dan wang ringgit..tetapi apabila kejayaan itu berjaya maka ia satu kepuasan..

Fikir-fikirkan..



Individu Kreatif Mampu Melahirkan Sesuatu Yang LUAR DARI BIASA
April 19, 2008, 3:22 pm
Filed under: Uncategorized


JANGAN! Membunuh Kreativiti Kanak2
April 19, 2008, 3:18 pm
Filed under: Uncategorized

Apabila kita mengajukan pertanyaan..”siapakah individu yang paling kreatif di dunia ini?” maka jawapan yang paling tepat ialah kanak2..kanak2 merupakan manusia yang paling kreatif..mereka sentiasa memandang dunia ini setiap kali bangun tidur dengan penuh keterujaan..mereka kreatif bagi menjadikan dunia ini tempat yang cukup menyeronakkan hidup mereka..setiap hari ada sahaja aktiviti yang akan mereka melakukan untuk menimbulkan keseronokan..dan kadangkala mereka berseronok dengan cara yang cukup ganjil bagi orang dewasa..

Tetapi kanak2 selalu diganggu oelah mereka yang bergelar orang dewasa..apabila kanak2 membuat perkara yang kreatif kadangkala ibu bapa gagal memahami bakat yang dianugerahkan kepada anak mereka..lalu keluarlah perkataan yang merencatkan kreativiti mereka..JANGAN!

JANGAN! perkara yang cukup membunuh kreativiti..banyak orang dewasa atau remaja yang pernah menjadi kanak2 yang kreatif lalu menjadi individu yang tidak mampu lagi ber’kreatif’ kerana kreativiti mereka telah dibunuh dengan perkataan JANGAN!

Apa yang saya maksudkan dengan jangan bukanlah bermaksud membenarkan kanak2 berbuat sesuka hatinya.. macam yang dibuat oleh watak yang dilakonkan oleh Adam Sandler dalam cerita Big Daddy.. Membenarkan sahaja perlakuan kreatif ‘anaknya’ dengan tujuan tidak mahu menyekat kreativiti ‘anaknya’ itu..

Apa yang saya maksudkan ibu bapa perlu memberi peluang mereka berkreatif dalam kehidupan seharian mereka..sama ada bermain, berkomunikasi dan pelbagai perkara yang tidak bertentangan dengan Islam itu sendiri..

Jadi marilah kita menggalakkan pemikiran kreatif kanak2 agar mereka mampu menjadi insan yang kreatif dan inovatif pada masa hadapan..

4u2pk..



Mari Berfikir…
April 14, 2008, 4:42 am
Filed under: Uncategorized

Kadang2 terdapat dikalangan kita yang cukup malas untuk berfikir..kerjanya asyik membuang masa menganggap bahawa diri tidak berguna..maka, fikirnya telah dibazirkan pada perkara yang merugikan..

Fikir2kan..




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.